Hubungi Kami

TENTANG PELITA BAHASA

Majalah Pelita Bahasa mula diterbitkan setiap bulan sejak Mac 1989 dengan moto awalnya “Ke Arah Kesempurnaan Bahasa”.  Idea untuk menerbitkan majalah itu tercetus semasa kempen Gerakan Cintailah Bahasa Kita yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.  Pada ketika itu, timbul idea untuk menerbitkan sebuah majalah yang dapat memandu masyarakat untuk meningkatkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dan baik dalam semua urusan.  Maka, lahirlah Pelita Bahasa bagi memenuhi hasrat itu yang merupakan matlamat ketiga Gerakan Cintailah Bahasa Kita.

Asalnya Pelita Bahasa berkonsepkan majalah separa akademik yang mempersembahkan makalah yang ditulis secara popular.  Walau bagaimanapun, apabila Dewan Bahasa kembali diterbitkan dalam bentuk popular, kandungan Pelita Bahasa mengalami perubahan.  Kini Pelita Bahasa lebih berkonsepkan majalah pengajaran dan pemelajaran Bahasa Melayu yang dapat digunakan oleh guru dan pelajar sekolah.

Ketua Editor
Azmi Ibrahim
azmi@dbp.gov.my

Editor
Abd Kadir Mohd Ayub
abdkadir@dbp.gov.my

Penolong Editor

Siti Nur Hidayah Othman Bakar

hidayah@dbp.gov.my

Ketua Pengarah
Haji Abdul Adzis Abas

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar)
Datuk Haji Abang Sallehuddin Abg. Shokeran

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)
Kamarul Zaman Shaharudin

Pengarah Penerbitan
Haji Abd. Khalik Sulaiman

KIRIMAN MAKALAH

Apabila mengirim sebarang tulisan, sila catatkan nama sebenar, nombor kad pengenalan, alamat surat-menyurat, nombor telefon dan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (jika ada). Tanpa maklumat ini karya yang dikirim kepada kami tidak akan disiarkan. Sila alamatkan kepada: Editor Pelita Bahasa, Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur. Nombor faks: 03-2148 4208. Nombor telefon: 03-2148 9260.

Sila nyatakan sama ada makalah yang dihantar kepada Pelita Bahasa juga dihantar kepada penerbit lain. Segala sumbangan yang diterima tidak akan dikembalikan.

7 thoughts on “Hubungi Kami

  1. Zulkifli Mohd Top

    salam,
    terima kasih atas penyiaran sajak “Mengangkat Bahasaku” dalam keluaran Disember 12.

    Sebagai cadangan, mohon diberitahu melalui sms atau e-mel untuk makluman. Kadang-kadang terlepas pandang.

    Satu lagi, kenapa tidak sajak yang tersiar diantologikan sebagai pendokumenkasian dan memperbanyak bahan kreatif di tanah air.

    Terima kasih sekali lagi.

    Reply
  2. Raihanah Said

    Salam,

    Saya ingin tahu jika saya boleh membaca rencana-rencana di laman Pelita Bahasa dalam talian. Ini kerana apabila saya klik di pautan rencana, tidak ada apa-apa yang keluar. Harap dapat jelaskan.

    Terima kasih

    Reply
    1. admin Post author

      Wa’alaikumsalam Puan.
      Puan boleh membaca setiap rencana di laman ini. Tindakan penambahbaikan sudah pun dilakukan. Terima kasih sudi melawat laman Pelita Bahasa dan teruskan menyokong bahasa kita.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *