Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia

      No Comments on Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia

Perancangan bahasa di Malaysia dapat dibahagikan kepada empat tahap, seperti yang dinyatakan oleh Hassan Ahmad. Tahap tersebut meliputi dasar bahasa, pelaksanaannya, pengembangan taraf dan imej bahasa kebangsaan dalam perkembangan dan kegiatan ilmu dan intelektual, dan pemasyarakatan bahasa. Tahap yang pertama ialah dasar bahasa.

Di Malaysia, dasar bahasanya dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/69 dan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Barangkali juga dasar tersebut turut dinyatakan dalam keputusan pentadbiran dari semasa ke semasa oleh pihak berkuasa tertentu. Dasar itulah yang menentukan keputusan yang harus dibuat pada tahap yang berikutnya.

Tahap yang kedua ialah pelaksanaan dasar bahasa. Tahap tersebut dapat dibahagikan kepada dua peringkat. Yang pertama ialah tahap pembinaan dan pengembangan korpus bahasa. Peringkat yang kedua ialah tahap menguatkuasakan penggunaan bahasa kebangsaan, terutama dalam pentadbiran negara dan sistem pendidikan kebangsaan.

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa Januari 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *