Gurindam Jati Diri

      No Comments on Gurindam Jati Diri

Oleh Mustaffa Haji Siraj

Jati diri perlu dijaga
kerana nyata amat berharga
Jati diri sopan berbahasa
dihormati insan setiap masa
Jati diri cerminan peribadi
tanda insan itu berbudi
Jati diri perlu dipertahankan
pengaruh luar perlu dijauhkan
Jati diri pekerti mulia
dalam kehidupan bagai cahaya
Jati diri cintai budaya
dapat sebarkan serata maya
Jati diri miskin susila
kelak insan akan mencela
Jati diri suluh kehidupan
jalan hidup cahaya bergemerlapan
Jati diri bersendi agama
Allah permudahkan insan terima

Batu Pahat, Johor.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *