Peristiwa dalam Sutera dalam Lukisan

      2 Comments on Peristiwa dalam Sutera dalam Lukisan
Memang menarik jika dibaca dan dihayati novel Komsas dengan sebaik-baiknya. Selain mengandungi
aspek sastera dan bukan sastera, seperti tema dan persoalan, watak dan perwatakan, latar tempat,
latar masyarakat, latar masa, nilai dan pengajaran, gaya bahasa dan plot, sama ada sedar ataupun
tidak, pengarang mengemukakan pelbagai peristiwa dalam novel mereka. Kita dapat menyingkap peristiwa
pahit, manis, duka, gembira, menarik, sedih dan sebagainya di samping memahami cerita yang hendak
disuguhkan oleh pengarang.
Berdasarkan analisis novel peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2001–2011, panel pembuat soalan
mempunyai kecenderungan untuk mengemukakan soalan yang berkaitan dengan pelbagai peristiwa yang
terdapat dalam setiap novel yang dipelajari. Antaranya termasuklah peristiwa yang memulakan cerita, peristiwa
yang membawa kesudahan cerita, peristiwa yang dapat diteladani, peristiwa yang paling menarik, peristiwa
yang dikaitkan dengan pelbagai persoalan, peristiwa yang dapat dikaitkan dengan judul novel, peristiwa
yang meninggalkan kesan terhadap pembaca, peristiwa yang membuktikan ketabahan atau kegigihan watak
utama, peristiwa yang menunjukkan kepincangan masyarakat, peristiwa yang memaparkan nilai keberanian
dan peristiwa yang menunjukkan pertentangan antara watak. Hal tersebut tidak boleh dielakkan kerana setiap
novel mengandungi pelbagai peristiwa yang ingin dikongsi oleh pengarang. Peristiwa itu mungkin dicipta oleh
pengarang atau berdasarkan pengalaman, pengamatan dan pembacaan mereka, serta disesuaikan dengan
tema dan persoalan yang disampaikan oleh pengarang.
Sebagai calon peperiksaan SPM 2012, setiap murid harus bersedia untuk mengenal pasti peristiwa penting
yang terdapat dalam novel untuk menjawab soalan. Ada beberapa peristiwa penting dalam Sutera Dalam
Lukisan, karya Abd. Talib Hassan, yang dipelajari di Melaka, Pahang, Terengganu dan Kelantan berdasarkan
bentuk soalan yang diuji dalam peperiksaan SPM yang lalu.

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa Januari 2012.

2 thoughts on “Peristiwa dalam Sutera dalam Lukisan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *