Bahasa Kebangsaan Membina Keperibadian Kebangsaan


Dalam konteks Malaysia sebagai negara yang rakyatnya berbilang bangsa, budaya dan bahasa, peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan amat penting kepada proses pemupukan perpaduan dan pembinaan negara bangsa. Sejarah membuktikan bahawa perjuangan memartabatkan bahasa itu sebagai bahasa kebangsaan terkait rapat dengan hasrat mewujudkan masyarakat majmuk yang bersatu padu. Paksi perpaduan yang hendak dibina ialah satu identiti kebangsaan yang dipupuk melalui penggunaan satu bahasa kebangsaan.

Hasrat murni penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa perpaduan, seperti yang terkandung dalam Dasar Bahasa Kebangsaan, bukanlah sukar untuk difahami. Apabila bahasa Melayu dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa itu bukan lagi milik eksklusif orang Melayu tetapi milik bersama kaum lain juga. Orang Cina, orang India, orang Sikh, orang Iban, orang Kadazan, orang Dusun, orang Murut dan lain-lain mempelajari, menulis dan menuturkan bahasa itu.

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa Januari 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *