Lagu Berbahasa Rojak Wajar atau Tidak?

   Oleh Hasan Baseri Budiman

    Penulis bukanlah seorang peminat muzik tegar. Namun begitu, seperti kebanyakan orang yang melihat muzik tidak lebih daripada produk hiburan yang dijajakan oleh para artis, maka penulis juga sekadar meminatinya untuk berhibur. Hal ini berlaku sekiranya tidak melampaui tuntutan budaya popular.

    Pengaruh muzik kepada manusia bukan sahaja melalui iramanya yang dianggap sekadar hiburan semata-mata, kerana muzik itu sebenarnya memiliki kekuatan liriknya tersendiri yang dapat mempengaruhi setiap inci kehidupan khalayak yang meminatinya.

   Masyarakat yang hanya memandang muzik sebagai hiburan melulu, sebagai alat bersenang-senang, atau medium yang memabukkan, maka masyarakat tersebut belum boleh dianggap masyarakat yang bermoral tinggi. Tidak keterlaluan jika lagu tersebut dijadikan medium untuk menghilangkan kebosanan atau untuk menenangkan fikiran, namun jika sekadar menikmati muzik berdasarkan melodinya yang hanya enak didengar semata-mata tanpa sama-sama menikmati liriknya, sudah tentu merupakan suatu kerugian yang besar.

    Hal ini dikatakan demikian kerana lirik sesebuah lagu sebenarnya mempunyai peranannya yang tersendiri, iaitu bukan sahaja berfungsi sebagai medium untuk mendidik masyarakat, malah turut mengindahkan lagi irama nyanyian lagu tersebut. Lagu Romancinta yang dinyanyikan oleh Kumpulan Mojo, yang kemudiannya telah menjadi lebih popular apabila dinyanyikan semula oleh Kumpulan Caliph Buskers dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) 19 yang
lalu telah membuktikan hal ini. Kemerduan lagu itu sebenarnya bukan sahaja ditandai oleh sentuhaniramanya semata-mata tetapi turut dilengkapi dengan liriknya yang indah.

Lirik Lagu Romancinta

Sejak kamu pergi menjauh
Sudah tiada udara untuk diriku hembus
Denyutan nadi pun terbentur melumpuh
Dalam hening jiwa

Jika kamu tak percayakanku
Belahkanlah dada dan kauintiplah di situ
Pasti akan jumpa kasih yang menyala
Meratap dirimu

Kerana kau satu-satunya
Cinta agung yang paling kudamba
Tanpamu hilanglah makna
Untuk menikmati roman cinta

Aku akan setia selamanya
Selagi masih bernyawa
Pulangkan kembali roman cinta
Yang kaubawa pergi

Mendengarkan bait-bait lirik lagu nukilan Edry ini mengingatkan kita kepada Habsah Hassan, Juwie (allahyarham), Loloq (allahyarham) dan S. Amin Shahab serta beberapa penulis lirik terkenal lain pada era 1980-an dan 1990-an, yang cukup menggetar perasaan.

Rencana ini dipetik dari Pelita Bahasa keluaran Mei

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *