Hadiah Min untuk Ayah

      No Comments on Hadiah Min untuk Ayah
Hadiah Min untuk Ayah

Hadiah Min untuk Ayah

“Abah tunggu saja di rumah, nanti Min pulang, Min beri slip 5A. Itu hadiah istimewa daripada Min. Tunggu Min pulang nanti, ya, abah,” kata Shahmin yang lebih mesra dengan panggilan Min kepada abah. Dia bernyanyi-nyanyi kecil tanda hatinya gembira dan lapang.

   Sambil menuruni sembilan anak tangga simen rumahnya untuk ke kereta buruk, Min menoleh ke atas; memandang susuk tubuh abah yang hanya berkain pelikat murah tanpa baju.

   Abah mengangguk-angguk dengan mesra. Min melambai-lambai dengan mesra ke arah abah sebelum memasuki kereta yang menunggu ruang bawah.

   Selaku anak bongsu daripada keluarga empat adik-beradik, Min satu-satunya harapan keluarga memperoleh keputusan 5A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini. Setelah beberapa bulan peperiksaan itu selesai diduduki, hari ini keputusan akan diumumkan. Murid-murid dibenarkan mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi.

   Malam tadi, selepas pukul 12:00, beberapa kaliMin senyap-senyap melakukan solat hajat bersendirian; memohon perkenan Allah SWT agar dia memperoleh 5A. Sebelum itu, sesudah solat Isyak, Min dan semua ahli keluarganya bersolat hajat berjemaah. Seperti biasa, abah jadi imam. Min dan yang lain-lain jadi makmum, sama seperti mereka bersolat lima waktu. Ketika berdoa, Min kuat-kuat mengaminkan apa-apa yang dipohon oleh abah.

Cerpen ini dipetik dari Pelita Bahasa keluaran April.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *