Pengajaran Band 1 Berfokuskan Tatabahasa

      No Comments on Pengajaran Band 1 Berfokuskan Tatabahasa

   pengajaran band

   Antara perkara yang ditekankan dalam pengajaran kemahiran berbahasa termasuklah isi pelajaran atau maklumat, nilai murni dan tatabahasa. Perkara ini sama ada menjadi fokus utama atau menajdi fokus sampingan dalam pengajaran bergantung pada objektif pengajaran. Di samping itu, kesediaan pelajar untuk mengikuti pengajaran dan tahap pencapaian pelajar atau kedudukan band keseluruhan pelajar dan individu juga diambil perhatian.

   Bagi pelajar baharu yang tidak mempunyai rekod pencapaian pembelajaran, guru perlu mengadakan ujian secara pemerhatian atau bertulis untuk melihat tahap (band) pencapaian pembelajaran pelajar. Bagi ujian bertulis, biasanya pada peringkat awal guru memberi ujian pada tahap band 3. Jika pelajar tidak menguasai band tersebut, guru perlu memulakan pengajaran pada tahap band yang rendah. Sekiranya guru mendapati pelajar telah menguasai pencapaian band 3 guru boleh memulakan pengajaran pada tahap band yang sama atau lebih tinggi.

   Hal ini biasanya berlaku kepada pelajar tingkatan 1 yang berpindah dari sekolah rendah atau guru yang mengambil alih kelas guru lain yang tidak mempunyai rekod pencapaian yang boleh dijadikan rujukan.

   Pelajar yang memperoleh pencapaian rendah serta pelajar dari sekolah jenis kebangsaan yang tidak menguasai pencapaian kemahiran bahasa dengan baik biasanya perlu memulakan pembelajaran pada tahap 1. Jika guru tidak mengambil kira hal ini dengan mengemukakan kaedah pengajaran yang tidak menarik akan menimbul kesan negatif dalam pembelajaran dan membantutkan minat pelajar. Perkara ini kebiasaannya berlaku apabila pelajar dari sekolah jenis kebangsaan bercampur dengan pelajar dari sekolah kerana yang tahap kemahiran berbahasa kerana yang berbeza. Mereka rasa tersisih dan tidak dapat bersama belajar dengan rakan baru dari sekolah yang berlainan.

   Guru seharusnya mengelompokkan mereka dalam kumpulan berdasarkan tahap pencapaian kemahiran berbahasa agar aktiviti dapat disesuaikan. Guru juga boleh meletakkan pelajar yang mempunyai tahap pencapaian yang lebih tinggi dalam kumpulan itu untuk membantu atau merangsang rakan yang lain dalam pembelajaran. Pelajar ini menjadi “mentor” dan meningkatkan keyakinan serta pencapaiannya dalam pembelajaran. Biasanya pelajar lebih senang bertanya sesama rakan sebelum bertanya kepada guru apabila menghadapi masalah pelajaran.

Rencana ini dipetik dari Pelita Bahasa keluaran April

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *