Sisi Positif dalam Karya Indie

      No Comments on Sisi Positif dalam Karya Indie

   Bahasa merupakan sesuatu yang hidup. Demikian pendapat kebanyakan orang. Bahasa tidak cukup sekadar dipelajari, namun perlu dikuasai. Menguasai bahasa bukan hanya dengan menghafal kosa kata atau mahir mengingat struktur binaan ayat-ayatnya sahaja. Pengguna bahasa yang sejati ialah pengguna yang berjaya menyerapkan budaya yang melatari bahasa itu ke dalam dirinya. Jika tidak, penguasaan bahasa itu tidak akan mendalam.

   Pada 15 Jun 2015, satu laporan di laman Biro Tatanegara (BTN) menggesa agar kerajaan mengharamkan buku terbitan penerbit indie yang didakwa memberikan kesan negatif kepada kerajaan. Dokumen yang disediakan oleh bahagian penyelidikan dan penerbitan BTN tersebut antara lainnya mendakwa bahawa bahan penerbitan berkenaan bersifat lucah dan bebas.

   Pengikut indie dikatakan bergerak tanpa pemantauan khas oleh pihak berwajib. Hal ini dikhuatiri akan memberikan kesan yang negatif kepada kerajaan. Buku terbitan mereka juga dijual secara berleluasa tanpa sekatan atau halangan. Yang paling membimbangkan adalah dengan melalui penerbitan tersebut akan melahirkan ikon baharu dalam kalangan generasi muda yang membawa idea bebas dan ekstrem.

   Selain mengharamkan buku, laporan tersebut juga menggesa agar kerajaan mendekati golongan muda untuk memahami hasrat mereka. Laporan tersebut turut mendakwa bahawa penerbit indie mempunyai banyak pengikut khususnya dalam kalangan generasi muda. Dalam laporan tersebut, antara nama penerbit yang dinyatakan ialah Merpati Jingga, Lejen Press, DuBook Press, Poket Press, Selut Press, Terfaktab, Kaukab dan Fix. Beberapa nama penulis turut disenaraikan, termasuklah Aloy Paradoks (Selut), Aisa Linglung (Lejen), Amir Muhammad (Fixi) dan Faisal Mustaffa (Merpati Jingga).

   BTN turut memuatkan takrifan terhadap sastera dan buku Indie dengan mentakrifkan karya tersebut sebagai kebebasan berfikir, idea yangtidak dikawal, tanpa ikatan peraturan, lepas dan bebas daripada sebarang hukum penerbitan atau norma hidup. Sementara itu, penerbitan bukuindie pula bermaksud buku yang diterbitkan sendiri dan kemudian berjaya tanpa banyak dihalang dari sudut idea dan proses kreatifnya. BTN juga merumuskan bahawa buku indie berbeza daripada aliran utama yang ditakrifkan sebagai karya sajak, cerpen, novel, syair dan pantun.

Rencana dipetik dari Pelita Bahasa keluaran April 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *