Karya Indie dan Prinsip Rukun Negara

      No Comments on Karya Indie dan Prinsip Rukun Negara

Remaja mempunyai pelbagai pilihan bahan bacaan mereka.

Remaja mempunyai pelbagai pilihan bahan bacaan mereka.

    “Apabila berbicara tentang pengertian buku indie, jarang kita mencapai kata sepakat. Itu tidak mengapa dan bagi saya biarkan makna itu terus bergulir seperti polimek tanpa sudah tentang muzik perdana dan apa itu muzik indie”, jelas Zulhabri Supian melalui laman sesawangnya – www.themalaysianoutsider.com/opinion/zulhabrisupian/article/klab-dan-buku-indie. Tercatat tarikh 21 Jun 2012 pada halaman tersebut. Tulisan beliau itu dicapai dan dipetik sekitar 9.45 malam, 28 Februari 2016.

    Zulhabri Supian melanjutkan perkongsian berkenaan dengan berkata, “Perkara yang harus kita sepakati adalah dengan melakukan apa-apa yang diperbuat, jika menulis, ya, teruskan menulis, jika menerbitkan teruskanlah menjadi penerbit dan sekiranya menganjurkan acara, kekalkan selamanya. Bagi makna buku indie sangat sederhana, iaitu sebuah buku yang ingin kita terbitkan sendiri atau diterbitkan dan kemudian berjaya tanpa banyak halangan, serta dikawal idea dan proses kreatifnya.”Demikianlah justifikasi seoang anak muda tentang buku indie. Bagi anak muda ini, kehadiran buku indie merupakan suatu alternatif terhadap kewujudan buku dalam bentuk yang sedia ada, contohnya buku yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan beberapa penerbit lain termasuklah Alaf 21, Creative Enterprise Sdn. Bhd. (CESB), Pekan Ilmu dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM). Melalui ujaran yang disampaikan dalam susunan ayat yang santai tersebut, terkesan kelibat harapan beliau ke atas karya indie khususnya genre cerpen, puisi, dan novel. Ternyata Zulhabri Supian mengharapkan masa hadapan yang lebih gemilang untuk dikecapi oleh “industri” buku indie.

    Dalam tulisannya juga, Zulhabri Supian yang merupakan antara penggerak utama kelangsungan hayat buku indie di negara ini menyenaraikan sebahagian daripada penerbit buku indie yang begitu aktif di seluruh Malaysia, iaitu Sang Freud Press, Fixi, Moca Mocha Ink, Selut Press, Siluet Books, Lejen Press, Dubook Press, Jargon Books, Puisi Jadi Senjata, Moque Press, Sindiket Sol-jah, Merpati Jingga, Buku Hitam Press, dan Obscura. Beliau turut memperkatakan cara dan kaedah pihak yang berkenaan bergerak memasarkan buku masing-masing sama ada secara bersendirian mahupun secara kerja.

 

Rencana dipetik dari Pelita Bahasa keluaran April.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *