Ale

      No Comments on Ale

cerp

Oleh Jais Sahok

   Sejak dia pandai berhuma sendiri, memugar sendiri hutan dara di hilir Sungai Ale itu, dia menanam hajat dan tekad. Seorang demi seorang, pemuda seangkatannya nangket. Dia seorang sahaja yang belum.

   Kalau aku bertemu jodoh, tidak kisah tua mudanya, tidak kisah bangsa keturunannya, di sinilah aku akan berumah tangga. Di sinilah aku akan membesarkan anak-anak aku. Ini jeramiku sendiri. Ini tanahku sendiri. Bukan tanah warisan. Bukan tinggalan bapa, datuk atau nenek. Dia mengejap pendiriannya, setelah dicabar dengan perit oleh bapanya sendiri.

  “Aku tidak mahu meninggalkan tempat ini. Ditakik betisku aku tidak akan pergi.”

Begitu ditegaskan apabila anak sulungnya, Si Banjen mengajak Si Tangka memujuknya supaya pindah.

Dia tidak mahu pindah.

   Walau mati seorang diri, walau mati kering di rumah sendiri atau di hutan, dia mahu mati di Sungai Ale itu juga.

   Pujukan Si Banjen dan Si Tangka cuma berjaya masuk melalui telinga kanan, keluar melalui telinga kirinya sahaja. Tapi Si Sairi, memberi malu dia. Tindakan bininya itu benar-benar memalukan dia. Tidak mungkin ada tindakan sesiapa sahaja yang memalukannya melebihi tindakan bininya sendiri.

Cerpen ini dipetik daripada Pelita Bahasa Mac

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *