Hafalan Hang Tuah 16 Bahasa

      No Comments on Hafalan Hang Tuah 16 Bahasa

Kata-kata isinya makna
Terkandung cahaya mata ibunda
Tersirat zat bapa sembilan hari
Dikandung sembilan sepuluh masa
Dan anak-anaknya Hang Tuah di Melaka
Diajari ayahanda, munsyi demi guru bahasa
Lidah bercahaya indah, bergemerlapan.

Berpuluh sudah bahasa bangsa
Fasih lidah Tuah cerah mata
Kata-kata utama bahasa ibunda
Hati Tuah berkata suara:
Maknanya bahasa ibunda luas langit
selainnya, seluas lautan, bumi
jua seluas tempurungnya si kodok.

Melayu, Jawa, Bugis, Pasai, Tamil,
Jua China, Feringgi, Belanda, Arab mahir
Tak dibunuh Jebat, tidak, hanya muslihat
Beribu mahaguru keliru berabad.

16 bahasa 16 fonetik, bunyi akal
Interaksi, hanya cerita, ilmu sesekali
Mulianya manusia, ada jati diri
Dan haiwan, hanyalah nafas tanda hidup
Sesekali, insafi, selalunya dikelirukan duniawi
Dek keliru diancam bencana sanubari.

Tuk Tuah, hadir tapi beribu mahaguru
Kehutanan, kesesatan jua keliru
Dihempap gunungan sampah ilmu
Dan hati, tak jua tajalli, reput jasad
Dimamah tanah, sia-sia di akhirat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *