Simbolik Bunga dalam Peribahasa Melayu

      No Comments on Simbolik Bunga dalam Peribahasa Melayu

WB-nadia

   Peribahasa sering kali digunakan khususnya dalam masyarakat Melayu. Peribahasa ini jelas sekali menggambarkan keindahan budi bahasa yang amat signifikan dengan masyarakat Melayu. Istimewanya masyarakat Melayu ini kerana kaya dengan ilmu kesusasteraan yang meliputi pelbagai cabang. Salah satu daripadanya ialah ilmu yang berkaitan peribahasa. Melalui peribahasa inilah keindahan estetika nilai budaya Melayu ditonjolkan. Ungkapan dalam bentuk peribahasa bukan sekadar suka-suka tetapi dicipta bertujuan untuk mempamerkan nilai moral yang mampu menjadi teladan dan pengajaran buat generasi akan datang.

   Peribahasa dicipta dengan matlamat untuk menyampaikan teguran dan sindiran dengan cara yang paling halus tanpa menyinggung perasaan pihak lain. Hal ini amat signifikan dengan konsep keindahanbudi dan berbahasa yang ditonjolkan dalam bait-bait kata yang terungkap. Jelas sekali masyarakat Melayu mempunyai nilai estetika yang amat tinggi dalam berbahasa. Demi menjaga air muka dan perasaan orang lain, peribahasa digunakan sebagai satu cara yang sangat efektif untuk menegur kesilapan orang lain. Peribahasa Melayu yang tergambar melalui pepatah, bidalan, simpulan bahasa dan perumpamaan ini jelas menampakkan keunikan masyarakat Melayu dalam menyerlahkan kesantunan berbahasa.

   Hal ini kita dapat teliti secara mendalam tentang keunikan masyarakat Melayu tradisional berfikir.Mereka memasukkan pelbagai unsur alam dalam peribahasa Melayu seperti flora yang merangkumipelbagai jenis dan spesies. Apabila melihat bunga, setiap orang sedia maklum bahawa bunga merupakan lambang kecantikan yang amat signifikan dengankaum wanita. Sering kali bunga dikaitkan dengan kaum hawa yang secara fitrahnya amat sukakankeindahan. Hasilnya, masyarakat Melayu tradisi telah berjaya menghubungkaitkan kecantikan wanita dengan bunga dalam peribahasa Melayu. Mereka berjaya menghasilkan bait-bait kata yang indah bagi menggambarkan bunga sebagai seorang wanita.

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa Mac

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *