Memahami Makna Sekularisme, Nihilisme dan Hendonisme

 

   Oleh Nazri HussienCB

   Sekular berasal daripada bahasa latin, iaitu saeculum yang merujuk pada dua konotasi, iaitu masa dan tempat. Masa menerangkan waktu sekarang, manakala tempat pula berkaitan dengan kehidupan dunia. Istilah sekular yang selalu diguna pakai dalam banyak bahasa dunia memberikan definisi berkaitan tentang peristiwa yang berlaku di atas muka bumi pada masa ini.

   Dalam kamus ilmiah, sekularisasi bermaksud suatu usaha untuk merampas hak yang dimiliki oleh pihak gereja dalam urusan keduniaan. Sekularisme pula memberi makna sebuah gerakan atau ideologi yang cuba memisahkan antara urusan keagamaan. dengan urusan kehidupan manusia. Sekularisme mula berkembang di negara barat apabila Perancis menjadi negara pertama mendokong negara sekular sebaik sahaja terciptanya Revolusi Perancis pada tahun 1789. Selepas itu, diikuti pula dengan beberapa buah negara barat lain yang mengadakan penentangan secara terbuka terhadap kekangan dan kongkongan pihak agama dan institusi gereja terhadap urusan politik, sosial dan ekonomi yang dianggap punca kepada kemunduran pemikiran yang dialami masyarakat barat selama beberapa abad lampau.

   Pengarang British, George Jacob  Holyoake (1817 – 1906) dianggap sebagai intelektual pertama yang  mencipta istilah sekularisme lalu  memperkenalkan doktrin ini dalam  karya-karya awalnya. Namun begitu, pengkaji-pengkaji barat terlebih dahulu menemui gagasan ateisme ini dalam pemikiran ahli falsafah Greek dan Rom seperti Marcus Aurelius dan Epicurus.

Rencana ini dipetik dari majalah Pelita Bahasa keluaran bulan Mac 2016.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *