Bersyarat Mempopularkan Bahasa

      No Comments on Bersyarat Mempopularkan Bahasa

Oleh Alias Ismail

Pelajar universiti daripada jurusan lain didapati mengabaikan penggunaan bahasa Melayu yang gramatis.

Pelajar universiti daripada jurusan lain didapati mengabaikan penggunaan bahasa Melayu yang gramatis.

   Sama ada kecil atau besar ruang lingkupnya, polimek akan tercetus jika kita bertegas dengan penyataan bahawa amalan berbahasa dalam kalangan rakyat negara ini pada umumnya tidak memperlihatkan keindahan dan jati diri yang kental. mungkin ada pihak menganggap perkara ini tidak lebih daripada suatu isu sampingan. Yang berdiri dengan tanggapan ini biasanya mereka yang menganggap diri mereka pragmatis. Mereka tidak begiru cenderung melihat masa depan negara bangsa apatah lagi jika jangkauannya terlalu luas. Dalam konteks ini, secara sedar atau tidak, mereka seolah-olah telah membuat keputusan untuk hanya melihat keperluan pada masa ini yang dianggap lebih praktikal dan sejajar dengan lapisan permukaan kehidupan.

   Seandainya perkara ini ditelusuri dengan jujur, adil, dan bertanggungjawab, kita akan mendapati bahawa dalam menzahirkan amalan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul dan terpelihara kesuciannya, kebanyakan rakyat negara ini tanpa mengira bangsa masih lagi memerlukan suatu bentuk “paksaan” atau rangsangan yang tertentu. Pada umumnya sebahagian besarnya tidak “ikhlas” mempopularkan bahasa kebangsaan, malahan terlalu berkira menjadikannya sebagai amalan dalam kehidupan harian. Dalam bahasa yang lebih lunak dapat kita katakan bahawa mereka cenderung meletakkan sesuatu syarat sebelum bahasa kebangsaan dipertuturkan. Yang lebih menyedihkan pencinta bahasa, penggunaan bahasa kebangsaan sekadar berlaku dalam ruang lingkup yang terhad.

   Pernyataan ini bukan suatu prasangka. Buktinya sangat jelas. Satu daripada hujahnya, apabila mahu menduduki peperiksaan awam terutamanya ujian lisan barulah kebanyakan pelajar berhempas pulas melakukan latihan bertutur menggunakan bahasa Melayu yang betul dan baik. Pada ruang fizikal dan ruang masa itu, pelajar cukup teliti menuturkan setiap patah kata, menggunakan nada dan intonasi yang betul, menggunakan retorik yang menepati keperluan wacana, dan mematuhi peraturan sintaksis dengan harapan meraih markah maksimum yang diperuntukkan bagi setiap pecahan sidang pengujian. Sebaik-baik sahaja selesai sesuatu sidang pengujian, pelajar tersebut akan keluar dari bilik tersebut dan kembali bertutur dengan menggunakan bahasa yang bercampur aduk. Mereka seolah-olah baru sahaja selesai melakonkan suatu watak dalam sebuah pementasan drama.

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa keluaran Mac

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *