Buktikan Kita Warga Berdaulat

      No Comments on Buktikan Kita Warga Berdaulat

Sambutan Bulan  Bahasa Kebangsaan  (BBK) diadakan selaras  dengan  hasrat kerajaan untuk  memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri, serta citra bangsa dengan berteraskan bangsa kebangsaan. Selain itu, sambutan ini juga untuk  melahirkan generasi masa depan bangsa Malaysia yang berbangga dengan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu dan bahasa tamadun bangsa.

Namun begitu, dalam usaha kita melakukan pelbagai kegiatan bersempena BBK demi memartabatkan bahasa kebangsaan khususnya bahasa Melayu, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi  masih   dipinggirkan, terutamanya dalam sektor  swasta. Hal ini dikatakan demikian kerana bahasa Melayu belum mencapai tahap yang sewajarnya dan seolah-olah dilihat masih   jauh   untuk   mengangkat kedudukannya sebagai bahasa rasmi negara. Walhal, kedudukannya suatu  ketika dahulu dianggap sebagai bahasa lingua franca.

Menurut  kenyataan  Ketua    Pengarah Dewan  Bahasa dan  Pustaka, beliau menggesa semua kementerian, agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta menggunakan sepenuhnya bahasa Melayu dalam semua urusan  rasmi kerana bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi  negara seperti yang termaktub dalam  Perlembagaan  Persekutuan. “Malaysia seharusnya mencontohi beberapa negara lain  yang menjulang dan memartabatkan bahasa mereka sendiri  seperti Korea  Selatan, Thailand, Indonesia, Brunei, Perancis, Jerman dan beberapa negara Amerika Latin yang berbangga menggunakan bahasa mereka sepenuhnya dalam setiap urusan  rasmi,” tegas beliau.

Sehubungan dengan hal itu,sudah tiba masonyo kerajaan perlu memartabatkan sepenuhnya bahasa Melayu dalam urusan  rasmi  kerajaan. Namun begitu, pada masa yang soma tidak mengabaikan kepentingan bahasa kedua seperti yang dilaksanakan di beberapa buah negara maju yang lain.

Memang  tidak dinafikan kewujudan  akhbar Melayu sebelum merdeka  turut menyemarakkan perjuangan memartabatkan  bahasa Melayu. Pelbagai akhbar berbahasa  Melayu muncul seperti Utusan   Malaysia, Berita   Harian, Sinor  Harian Metro, Kosmo, dan  lain-lain lagi. Walau bagaimanapun,  dari segi  penyertaan pengiklanan, sambutan yang diterima agak hambar terutama daripada  syarikat korporat yang mengiklankan jawatan profesional, peluang pekerjaan serta  iklan perniagaan walaupun akhbar berbahasa Melayu memiliki pengikut yang paling ramai. Keadaan ini berbeza daripada  akhbar bukan bahasa Melayu seperti The Star, New  Straits Times, The Sun dan Nan Yang Siang  Pau yang dilihat memiliki jumlah pengiklanan  jawatan  profesional yang lebih banyak  walaupun  memiliki jumlah pembaca yang tidak seramai akhbar Melayu.

Menuding jari pada pihak tertentu sahaja tidak menguntungkan mana-mana pihak, malah hanya merugikan bangsa itu sendiri. Setiap kali pelancaran BBK, soma ada pada peringkat kebangsaan atau pada peringkat negeri, kita  lafazkan ikrar sebagai tanda cinta akan bahasa kebangsaan kita.  Namun begitu, mengapakah selepas lafaz  ikrar  tamat, keadaannya masih   tetap soma? Adakah  “bulan lain” tidak dianggap sebagai Bulan  Bahasa Kebangsaan?  lkrar sudah dilafaz, janji juga telah dikota. Oleh yang demikian, buktikanlah kita sememangnya warga berdaulat!

Abd. Kadir Mohd. Ayub

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *