Terbeban dengan Bahasa Melayu?

      No Comments on Terbeban dengan Bahasa Melayu?

Suatu ketika  dahulu, dia langsung tidak  boleh  berbahasa Melayu. Kini dia amat gembira  apabila bukan  sahaja  lulus cemerlang dalam keputusan  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 dalam subjek Bahasa Melayu, malah kini turut fasih bertutur bahasa Melayu dengan baik. Daripada seorang yang tidak tahu sebarang perkataan dalam  bahasa Melayu, dia  berjaya  membuktikan dirinya   mampu mencapai keputusan  cemerlang termasuk subjek lain.

Kisah tersebut merupakan kejayaan seorang gadis remaja berbangsa Jepun yang tinggal di Langkawi kerana mengikut kedua-dua ibu  bapanya yang menjalankan perniagaan restoran makanan Jepun. Kini, dia  bukan sahaja mampu bertutur dalam bahasa Melayu, bahkan turut  menguasai bahasa lnggeris  dengan cemerlang. Bagi Harada, dia  hanya mengambil masa selama tujuh  tahun sahaja untuk  menguasai bahasa Melayu- seusia dengan restoran milik keluarganya.

Tinggalkan kisah Harada. Laporan media sering mendedahkan bagaimana colon SPM mampu lulus subjek  bahasa Melayu sedangkan sebahagian daripada mereka tidak mampu bertutur dolam bahasa Melayu waima sepatah pun?  Agak mengejutkan apabila statistik  yang  dikeluarkan oleh   Jabatan  Latihan khidmat  Negara (JLKN), melaporkan sebanyak 604 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) langsung tidak boleh bercakap dalam bahasa Melayu! Pensyarah lnstitut  Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor  Dr. Teo  Kok Seong menjelaskan, kajian itu dibuat dalam kalangan 14 000 pelatih di 79 buah kem  di seluruh  negara. Sebanyak 604 pelatih dikategorikan tidak boleh bercakap dalam bahasa Melayu. Persoalannya, bagaimanakah mereka boleh lulus subjek  berkenaan?

Sesetengah       pihak     mendakwa    sistem         pendidikan   negara   yang     hanya berorientasikan peperiksaan merupakan antara faktor  yang menyumbang kepada permasalahan ini. Bagi mereka, kelulusan dalam subjek  Bahasa  Melayu diperlukan demi kelangsungan melanjutkan pelajaran ke  menara gading. Oleh  sebab itu, ibu bapa sanggup mengeluarkan perbelanjaan dengan menghantar anak mereka ke kelas tuisyen, atau menjemput guru  datang ke rumah supaya mendapat keputusan yang cemerlang, apatah lagi dalam subjek  bahasa Melayu yang disyaratkan wajib lulus. Sikap ibu  bapa terlalu  mengidamkan gred A sebagai kayu  pengukur terhadap kejayaan pada  masa hadapan  wajar diubah kerana hakikatnya “roh”  bahasa Melayu yang sebenar perlu  diterapkan dalam sanubari anak mereka.

Akibatnya, mereka belajar semata-mata untuk mendapat sijil, bukan berdasarkan apa-apa  yang dipelajari. Selepas  mendapat  keputusan yang cemerlang, bahasa Melayu tidak lagi dipelajari, bahkan jauh  sekali  untuk   diamalkan.  Kebiasaannya, pelajar kaum Cina  dan India  lebih selesa bertutur dalam bahasa ibunda atau bahasa lnggeris.Tambah memburukkan keadaan,pelajar Melayu juga lebih gemar berbahasa lnggeris  kerana beranggapan komunikasi menjadi lebih  cepat dan mudah.

Oleh  hal  yang demikian, kajian secara menyeluruh horus  dilakukan segera agar mereka mampu bertutur dalam bahasa rasmi  negara, bukan sekadar untuk  lulus dalam  peperiksaan. Pada masa yang soma, mereka perlu  sedar  bahawa  proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu bukan suatu  beban kerana bahasa Melayu tidak  sukar seperti yang disangka. Prosesnya amat mudah dengan mengikuti langkah dan prinsip  ilmu  yang telah ditetapkan. Tidak  “malukah” mereka kepada Harada?

Abd. Kadir Mohd. Ayub

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *