Singkatan: Bagaimanakah Cara Pembentukannya?

      No Comments on Singkatan: Bagaimanakah Cara Pembentukannya?

OLEH ZAIDI ISMAIL

Singkatan atau disebut juga kependekan ialah sesuatu yang disingkatkan atau dipendekkan. Apabila dikaitkan dengan perkataan (singkatan perkataan), akan membawa maksud perkataan tertentu yang disingkatkan atau dipendekkan sewaktu menulisnya. Selain digunakan dalam keadaan biasa, singkatan juga banyak digunakan dalam bidang teknik untuk menggantikan keterangan yang panjang.

Singkatan boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu singkatan nama khas dan singkatan umum. Singkatan nama khas ialah nama khas yang ditulis dalam bentuk singkatan. Untuk singkatan ini, tanda titik (.) perlu digunakan apabila menulisnya, kecuali untuk singkatan yang terdiri daripada huruf pertama sahaja (seperti H untuk Hijrah), dan singkatan yang hanya mengambil huruf pertama daripada setiap kata yang membentuk rangkai kata atau frasa (seperti KL untuk Kuala Lumpur dan DBP untuk Dewan Bahasa dan Pustaka).

Dari segi cara atau kaedah pembentukannya pula adalah seperti yang berikut:

i. Mengambil huruf pertama sahaja, contohnya:

Hijrah              –           H

Bersara          –           B (biasanya digunakan untuk pesara tentera)

Fahrenheit F (untuk suhu)

Pulau              –           P (P Pinang)

ii. Mengambil huruf pertama daripada setiap kata yang membentuk frasa nama, contohnya:

Kuala Lumpur                        –           KL

Sebelum Masihi                    –           SM

Yang Berhormat                    –           YB

Yang Amat Berhormat          –           YAB

Ketua Setiausaha Negara   –           KSN

Jabatan Kerja Raya              –           JKR

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa September 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *