Dari Malaysia ke ASEAN

      No Comments on Dari Malaysia ke ASEAN

Oleh MUHAMMAD LUTFI ZAHID

Bahasa dan komunikasi merupakan proses yang saling berhubung antara satu sama lain. Dalam hidup bermasyarakat dan berorganisasi, penggunaan bahasa dan komunikasi amat penting. Bahasa merupakan asas utama untuk menghasilkan komunikasi yang baik serta memainkan peranan supaya interaksi antara manusia dapat difahami secara berterusan dan berkesan.

Selain digunakan sebagai alat perhubungan, bahasa juga berperanan sebagai wadah pembentukan akal dan fikiran, pembangunan ekonomi dan politik sesebuah negara, serta perkembangan agama dan kesusasteraan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa bahasa merupakan aspek terpenting dalam sesuatu kelompok atau organisasi bagi memperoleh kesepakatan dan membentuk perpaduan meskipun latar belakang pendengarnya berbeza-beza.

Dewasa ini, pelbagai organisasi atau pertubuhan antara negara di seluruh dunia ditubuhkan demi mengekalkan kestabilan dan keamanan sejagat. Antara organisasi tersebut termasuklah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Kesatuan Eropah dan Persatuan Negara Asia Tenggara (ASEAN). Dalam hal ini, penggunaan bahasa yang baik dan mudah difahami dalam setiap pertemuan merupakan perkara utama yang perlu diambil kira oleh setiap negara anggota bagi mencapai matlamat penubuhan pertubuhan tersebut. Kebanyakan pemimpin negara anggota menyedari kepentingan bahasa rasmi dalam sesuatu pertubuhan antarabangsa serta hubungannya dengan pendidikan dan pembangunan negara masing-masing. Lazimnya, pemilihan sesuatu bahasa sebelum dijadikan sebagai bahasa rasmi dalam sebuah pertubuhan antarabangsa memang berdasarkan beberapa faktor, seperti politik dan ekonomi.

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa Julai 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *