Jangan Susah Payah Belajar Bahasa

      No Comments on Jangan Susah Payah Belajar Bahasa

Oleh HANNAH ZULKIFLI

Cher Hale, melalui laman webnya Fluent in 3 Months, mengenal pasti sembilan masalah untuk belajar bahasa dan mengemukakan cara atau petua untuk mengatasi  setiap masalah itu. Masalah yang dibangkitkannya ialah (1) perbendaharaan kata anda terdiri daripada bahasa permukaan, (2) anda tidak dapat membezakan antara makna berganda satu perkataan, (3) anda  mungkin memahami kala tatabahasa  tetapi anda tidak menggunakannya, (4) anda terus-menerus  melakukan kesilapan yang telah anda pelajari sebagai orang yang mula belajar tetapi kesilapan itu tidak pernah diperbetul,  (5) anda menghabiskan masa anda untuk mempraktikkan pembacaan dan pendengaran terhadap  bahasa sasaran tetapi anda tidak yakin dari segi perbualan, (6) anda tidak dapat memberitahukan perbezaan antara kata kerja yang seakan-akan mempunyai makna yang serupa, (7) anda tidak mempunyai gudang senjata peribahasa, simpulan bahasa, atau frasa untuk anda gunakan pada bila-bila masa sahaja, (8) anda selalu kedengaran seperti menyapa Ratu England dalam bahasa sasaran anda, dan (9) anda tidak membandingkan diri anda dengan penutur asal untuk melihat apa-apa yang anda susun (stack up).  (Huruf condong memahami oleh Cher Hale sendiri.)

Dalam makalah “9 Ways You’re Hitting Walls When Learning Languages — And How To Break Through Them,” Hale menyatakan pengalamannya belajar bahasa Itali dan bahasa Mandarin untuk menjawab persoalan:  apakah yang mengasingkan pelajar bahasa yang merempuh tembok ini dan menjadi fasih dalam bahasa sasaran mereka berbanding dengan orang yang hanya membebaskan diri mereka sepanjang tembok, sambil mengharapkan dapat maju “beberapa hari lagi”?  Beliau mengemukakan sembilan cara anda memukul tembok dalam projek bahasa anda (sama ada anda sedar ataupun tidak), dan yang paling penting, cara anda dapat merempuh setiap tembok itu untuk menjadi fasih.

Sesetengah orang memang  gigih untuk  belajar bahasa, baik bahasa ibunda mereka mahupun bahasa asing, meskipun mereka terpaksa menghadapi banyak kesukaran.    Akan tetapi, seperti yang diperingatkan oleh Abby Abrams, “jangan cuba terlalu keras.”  Dalam pemelajaran bahasa, menurutnya, petua jika anda mula-mula gagal, kemudian cuba lagi, mungkin tidak membantu anda.

Abrams, melalui Time dalam talian pada akhir Julai 2014, “Want to Learn a Language? Don’t Try So Hard,” memetik kajian baharu daripada MIT yang menunjukkan bahawa percubaan lebih keras sebenarnya mampu menjadikan beberapa aspek pemelajaran bahasa baharu lebih sukar. Meskipun para penyelidik mengetahui bahawa orang dewasa mempunyai masa yang lebih sukar dengan bahasa baharu berbanding dengan kanak-kanak, dapatan terbaharu, yang diterbitkan dalam jurnal PLOS ONE, menunjukkan bahawa keupayaan kognitif yang lebih kuat bagi orang dewasa mungkin sebenarnya memerangkap mereka.

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa Bil. 6 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *