Retorik Pendedahan

      No Comments on Retorik Pendedahan

Oleh RAMINAH SABRAN

Penulisan yang memerlukan penerapan retorik berbentuk pendedahan merupakan bentuk penulisan yang penting dan yang paling banyak digunakan, terutama oleh pelajar pada semua peringkat pengajian, dan bukan sahaja untuk penulisan esei bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, tetapi juga mata pelajaran yang lain. Untuk menjawab soalan yang bersifat subjektif bagi kebanyakan mata pelajaran, pelajar perlu menguasai retorik jenis ini.
Penulisan berbentuk retorik pendedahan  bertujuan untuk menghuraikan atau menjelaskan sesuatu subjek atau perkara, meliputi perkara yang berkaitan dengan pengalaman, definisi, fakta, proses, peristiwa, idea, masalah, sejarah, analisis, pendapat, atau apa-apa sahaja yang dapat diterangkan atau dihuraikan. Penulisan ini meliputi penjelasan yang memerlukan huraian yang ringkas, seperti memberikan takrif sesuatu istilah atau konsep dan juga penjelasan yang memerlukan penerangan yang panjang lebar, kompleks dan abstrak, seperti penjelasan tentang kewujudan Allah atau teori tentang penguasaan bahasa.
Penulisan untuk tujuan menjawab soalan peperiksaan, dalam apa-apa jua mata pelajaran, lazimnya berbentuk ini. Pelajar biasanya ditugaskan untuk menjelaskan  sesuatu. Sebagai contoh, dalam mata pelajaran Geografi, terdapat soalan yang memerlukan pelajar menghuraikan kejadian letupan gunung berapi, hujan, dan hakisan, manakala dalam mata pelajaran Sains pula, pelajar mungkin perlu menjawab soalan yang meminta mereka menghuraikan putaran hidup mamalia dan binaan organisma.

Penulisan yang memerlukan penerapan retorik berbentuk pendedahan merupakan bentuk penulisan yang penting dan yang paling banyak digunakan, terutama oleh pelajar pada semua peringkat pengajian, dan bukan sahaja untuk penulisan esei bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, tetapi juga mata pelajaran yang lain. Untuk menjawab soalan yang bersifat subjektif bagi kebanyakan mata pelajaran, pelajar perlu menguasai retorik jenis ini.Penulisan berbentuk retorik pendedahan  bertujuan untuk menghuraikan atau menjelaskan sesuatu subjek atau perkara, meliputi perkara yang berkaitan dengan pengalaman, definisi, fakta, proses, peristiwa, idea, masalah, sejarah, analisis, pendapat, atau apa-apa sahaja yang dapat diterangkan atau dihuraikan. Penulisan ini meliputi penjelasan yang memerlukan huraian yang ringkas, seperti memberikan takrif sesuatu istilah atau konsep dan juga penjelasan yang memerlukan penerangan yang panjang lebar, kompleks dan abstrak, seperti penjelasan tentang kewujudan Allah atau teori tentang penguasaan bahasa. Penulisan untuk tujuan menjawab soalan peperiksaan, dalam apa-apa jua mata pelajaran, lazimnya berbentuk ini. Pelajar biasanya ditugaskan untuk menjelaskan  sesuatu. Sebagai contoh, dalam mata pelajaran Geografi, terdapat soalan yang memerlukan pelajar menghuraikan kejadian letupan gunung berapi, hujan, dan hakisan, manakala dalam mata pelajaran Sains pula, pelajar mungkin perlu menjawab soalan yang meminta mereka menghuraikan putaran hidup mamalia dan binaan organisma.

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa Bil. 5 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *