Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak

Pada setiap tahun, Hari Guru disambut pada 16 Mei pada pelbagai peringkat –  sekolah, daerah, negeri, dan negara atau kebangsaan. Sambutan Hari Guru diadakan sebagai bukti bahawa segala pengorbanan guru amat dihargai dan disanjung tinggi oleh semua peringkat masyarakat.

Peranan guru merentas kawasan sekolah, masa dan generasi. Dengan tanggungjawab utamanya mengisi dada dan minda anak didiknya dengan ilmu pengetahuan, guru juga memainkan peranan dalam  pembentukan akhlak mereka. Kedua-dua peranan dan tanggungjawab ini dipikul oleh guru, sebagaimana yang diamanahkan  oleh anggota masyarakat, bagi menyemai nilai murni dalam  budaya masyarakat.  Sejajar dengan itu, guru, dengan penuh dedikasi, menyediakan dan melengkapkan anak didiknya dengan literasi dan numerasi, aspek seni dan teknikal, nilai kesusasteraan dan siviks, khidmat komuniti, dan kemahiran hidup sebagai bekalan  untuk menerangi kehidupan mereka kelak.

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa Bil. 5 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *