Buku Kelana Belantara Kata

      No Comments on Buku Kelana Belantara Kata

JENIRI AMIR

Jika jumlah pengunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) dapat dijadikan sebagai ukuran, persepsi bahawa rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu, tidak membaca buku memang tidak begitu tepat. PBAKL 2014 terus mendapat sambutan yang menggalakkan apabila menerima lebih daripada 2.4 juta orang pengunjung, berbanding dengan PBAKL 2013 sebanyak 1.8 juta orang dan PBAKL 2012   1.6 juta orang pengunjung. Terdapat peningkatan yang agak ketara dari segi jumlah pengunjung, dari tahun ke tahun.  Peningkatan jumlah pengunjung merupakan berita baik kepada  dunia perbukuan di negara ini.

Peningkatan jumlah pengunjung saban tahun menunjukkan bahawa rakyat negara ini semakin minat untuk membaca buku, selain daya tarikan yang ditampilkan oleh penganjur. Pertambahan jumlah pengunjung juga mungkin berlaku kerana pertambahan hari penganjuran  –   PBAKL 2014 diadakan selama 10 hari berbanding dengan tahun sebelumnya hanya sembilan hari. PBAKL 2014 berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), melibatkan 800 buah gerai yang mewakili 250 buah syarikat swasta serta kerajaan dari dalam dan luar negara, termasuk Singapura, Brunei, Iran, Amerika Syarikat serta United Kingdom.

Tema “Buku Menjanakan Kepintaran Kreatif” bertepatan dengan objektif penganjuran PBAKL tahun ini,  iaitu untuk meneruskan kecemerlangan dalam mengadakan aktiviti yang berupaya membudayakan sikap membaca. Tema itu juga mampu menyuntik minat rakyat untuk terlibat dalam penghasilan sesebuah karya, malah memberikan inspirasi kepada masyarakat. Masyarakat yang membaca dan masyarakat yang menulis ialah masyarakat yang membantu menjanakan kreativiti dan pemikiran kritis dan analitis

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa Bil. 4 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *