Kejutan Bahasa Menteri Pendidikan

      No Comments on Kejutan Bahasa Menteri Pendidikan

JENIRI AMIR

Sejak menyandang jawatan kedua terpenting negara dan menjadi Menteri Pendidikan pada 9 April 2009, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat beberapa kejutan. Satu demi satu kejutan dilakukannya. Kenyataan demi kenyataan yang membabitkan bahasa Melayu dikeluarkan di dalam dan di luar negara. Hanya satu tujuannya: bagi memastikan bahasa Melayu terus mekar dan perkasa di persada bangsa.

Kenyataan dan pendirian Timbalan Perdana Menteri menerima pelbagai reaksi, tetapi bagi kebanyakan rakyat, khususnya para pejuang bahasa Melayu, tindakan beliau mencerminkan jiwa pemimpin yang faham akan aspirasi dan denyut nadi rakyat. Menteri Pendidikan, yang berwawasan dan tegas itu, tidak mengecewakan rakyat dari segi dasar dan pelaksanaan bahasa Melayu, meskipun mungkin tindakannya itu begitu menghampakan aktivis dan pertubuhan bukan kerajaan tertentu yang mahu melihat bahasa Inggeris terus diberi keutamaan.

Pendirian tegas Muhyiddin terbukti daripada kenyataannya tentang bahasa Melayu ketika mengadakan kunjungan rasmi ke Australia pada bulan November 2014. Menteri Pendidikan itu berkata, “Sebagai seorang Malaysia, saya tak fikir bahasa saya harus dibunuh hanya kerana saya hendak memperkasa bahasa Inggeris.”  Kenyataan tegas dan penuh komitmen itu diungkapkan  dalam sesi soal jawab dengan masyarakat dan penuntut Malaysia dalam majlis yang diadakan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Canberra, ibu kota negara 23 juta jiwa. Mungkin sesetengah khalayak yang hadir dalam majlis itu tersentak dengan kenyataan berkenaan.

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa, Bil. 2 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *