KBAT Pendidikan Abad Ke-21

      No Comments on KBAT Pendidikan Abad Ke-21

NUR HIDAYAH ISMAIL

Kini terdapat fenomena baharu yang menyapa dunia pendidikan negara ini, iaitu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).  Fenomena ini sebenarnya telah lama dalam dunia pendidikan, tetapi kini makin terserlah seiring dengan zaman teknologi yang makin canggih ini. Transformasi pendidikan dalam PPPM memberikan penekanan terhadap konsep KBAT yang berupaya melahirkan generasi yang mempunyai pemikiran kritikal dan kreatif.

Kementerian Pendidikan mendefinisikan KBAT sebagai “keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran, dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan berupaya mencipta sesuatu.”   Berdasarkan takrif tersebut, sudah pasti golongan yang perlu bertindak ialah guru, yakni pendidik abad ke-21. Terdapat lima KBAT dari sudut pandangan Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, dan guru, iaitu kemahiran menaakul, inkuiri, teknik menyoal, penyelesaian dan kreativiti. Dengan merujuk mata pelajaran Bahasa Malaysia, dapat dikatakan bahawa mata pelajaran itu mudah dan dapat diajarkan oleh semua guru.

Kajian Seman Salleh pada tahun 2005 menunjukkan bahawa semua guru yang menjadi responden berminat dan seronok mengajarkan Bahasa Malaysia kerana mata pelajaran itu mudah untuk diajarkan. Persoalannya, adakah guru Bahasa Malaysia pada abad ke-21 ini dapat menerapkan KBAT murid sepanjang mengajarkan kemahiran bahasa dalam KSSR di bilik darjah?

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa, Bil. 3 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *