Bahasa Ibunda Tidak Dilupakan

      No Comments on Bahasa Ibunda Tidak Dilupakan

Mohd. Helmi Ahmad

setelah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) telah dilaksanakan. Antara lain matlamat utama dasar ini dilancarkan untuk memartabatkan bahasa Malaysia dan memperkukuhkan bahasa Inggeris. Dasar ini lebih menjurus kepada pengajaran dan pembelajaran guru dan murid dalam bilik darjah. Akhirnya diharapkan dapat melahirkan modal insan yang mahir menggunakan kedua-dua bahasa untuk bersaing secara kompetitif dalam apa-apa jua lapangan.

Memartabatkan bahasa Malaysia bermaksud meletakkan bahasa Malaysia pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan, seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Malaysia juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996.

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa, Oktober 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *