Menyerlahkah Pelaksanaan Bulan Bahasa Kebangsaan?

      No Comments on Menyerlahkah Pelaksanaan Bulan Bahasa Kebangsaan?

Noresah Baharom

Sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, Malaysia mempunyai dasar bahasanya sendiri yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan 1967, dan Akta Pelajaran (Pendidikan) tahun 1957 yang menggantikan Education Ordinance 1950 ciptaan British hingga ke Akta Pendidikan 1996. Menurut Hassan Ahmad, dasar bahasa diwujudkan untuk tiga tujuan utama, iaitu sebagai alat perpaduan bangsa, sebagai alat jati diri negara, dan sebagai wahana untuk menyelesaikan masalah kecekapan komunikasi pada peringkat pentadbiran negara yang menjangkau pelbagai bidang ilmu dan ranah kehidupan. Dasar bahasa kebangsaan (BK) menetapkan bahawa bahasa Melayu ialah BK negara. Sebagai BK, bahasa ini hendaklah digunakan untuk tujuan rasmi, dijadikan bahasa penghantar di semua sekolah kebangsaan, dan dijadikan mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dijadikan bahasa penghantar utama di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), dan dijadikan mata pelajaran wajib di semua sekolah jenis kebangsaan. Bagi mengukuhkan penggunaan bahasa Inggeris, bahasa ini dijadikan mata pelajaran wajib di semua sekolah. Dasar BK ini juga tidak menghalang pertumbuhan dan perkembangan bahasa pelbagai etnik yang terdapat di negara ini, seperti bahasa Mandarin, Tamil, Iban, dan Kadazan.

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa, Oktober 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *