Ayat dengan Satu Objek

      No Comments on Ayat dengan Satu Objek

Abdul Ghalib Yunus

Ayat aktif yang terdapat dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua jenis jika dilihat dari segi objek. Yang pertama ialah ayat aktif yang mempunyai satu objek, dan yang kedua ialah ayat aktif yang mempunyai dua objek. Oleh sebab ayat satu objek sering menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna bahasa, perbincangan pada kali ini akan memberikan tumpuan kepada pelbagai bentuk ayat aktif yang mempunyai satu objek.

Dalam bahasa Melayu, ayat yang mempunyai satu objek mempunyai beberapa jenis, iaitu ayat yang objeknya terdiri daripada kata, ayat yang objeknya terdiri daripada frasa, dan ayat yang objeknya terdiri daripada klausa.

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa, Oktober 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *