Gelombang Baharu Bahasa dan Persuratan Melayu

      No Comments on Gelombang Baharu Bahasa dan Persuratan Melayu

Pelan Tindakan Strategik 2011 – 2015 telah berjaya disusun untuk merealisasikan hasrat kerajaan menghasilkan perancangan konkrit dalam usaha pemartabatan bahasa dan persuratan Melayu yang komprehensif ke arah mencapai matlamat menjadikan bahasa Melayu sebagai tunjang tamadun negara dan salah satu bahasa utama dunia. Inilah juga hasrat negara untuk menyaksikan kegemilangan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai badan bahasa dan persuratan.

Pembinaan sesebuah negara selalunya dilihat dari sudut fizikal, seperti prasarana dan ekonomi. Sebilangan orang terlupa bahawa pembinaan dan pembangunan sesebuah negara perlu ditunjangi dengan aspek yang juga penting, seperti falsafah, pemikiran, bahasa, dan persuratan serta pendidikan bagi memastikan negara yang terbina itu seimbang dari semua segi.

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa, Oktober 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *