Tahap Band dalam PBS: Kaedah Penilaian dalam Transfomasi Pendidikan

Md. Ishak A. Rahman

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tanpa peperiksaan awam bagi tingkatan satu bermula pada tahun 2012. Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, PBS akan menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Dalam mata pelajaran bahasa Melayu, PBS menjadi satu cabaran kepada guru untuk melahirkan murid yang menguasai kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Guru bukan sahaja berperanan sebagai pengajar, malah menjadi pembimbing, fasilitator, dan penilai yang meletakkan murid pada tahap kemahiran tersebut. Oleh sebab itu, PBS memerlukan komitmen antara guru dengan murid secara individu atau kumpulan untuk meletakkan murid pada tahap pencapaian yang tertinggi.

Salah satu cabaran guru adalah untuk menyediakan evidens yang menjadi dokumen standard prestasi atau petunjuk kepada tahap pencapaian murid berdasarkan deskriptor. Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan perkara yang diketahui dan dikuasai oleh murid. Bahan atau instrumen bukti sama ada dalam bentuk penulisan, laporan, foto, atau video menjadi sumber rujukan kepada pihak lain. Oleh hal yang demikian, evidens tersebut menjadi bukti pencapaian tahap standard prestasi yang menepati pernyataan penaksiran yang ditetapkan.

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa, Oktober 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *