Guru Kreatif Murid Aktif

      No Comments on Guru Kreatif Murid Aktif

Nawi Ismail

Secara umumnya, guru diberikan tanggungjawab untuk mengubah tingkah laku murid ke arah yang positif bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Dari aspek yang lain pula, guru dituntut agar memperkembangkan potensi murid kepada tahap yang optimum, seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak yang berkenaan untuk mencapai matlamat tersebut. Namun begitu, keberkesanannya bergantung pada guru sebagai pelaksana. Dalam beberapa wacana akademik, tokoh pendidikan sering menyuarakan perasaan kurang gembira tentang pelaksanaan P&P oleh sesetengah guru. Pada pandangan mereka, terdapat guru yang kurang mampu untuk mengendalikan P&P dengan berkesan. Antara faktornya termasuklah kurangnya kreativiti guru untuk merancang dan melaksanakan aktiviti P&P sewajarnya.

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa, Oktober 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *