Ulasan Sajak “Harga Remaja”

      No Comments on Ulasan Sajak “Harga Remaja”

Hasan Baseri Budiman

Proses memahami sajak, tentulah tidak sama dengan proses memahami prosa. Jika membaca karya prosa, kita cuma perlu membaca teks yang panjang, tetapi tidak perlu membuat pentafsiran kerana bahasa yang digunakan mudah difahami. Sebaliknya jika kita membaca sajak, kita perlu berhati-hati supaya tidak salah mentakrifkan kata-kata puitis dan karya figuratif yang digunakan.

Sebelum memahami sesebuah sajak, kita perlu memahami kata kunci dalam sajak tersebut terlebih dahulu. Kita perlu membina beberapa tanggapan untuk memudahkan kita memahami maksud sajak berkenaan. Sebagai contoh, untuk memahami sajak “Harga Remaja”, karya Rahman Shaari.

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa, Oktober 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *