Teori Linguistik Kompas Pengajian Bahasa

      No Comments on Teori Linguistik Kompas Pengajian Bahasa

Siti Mastura Mat Dahari

Teori linguistik memainkan peranan yang besar dalam memudahkan pengajaran dan pembelajaran bahasa. Guru dan murid perlulah mengetahui seluruh teori linguistik yang ada untuk mencapai objektif. Hakikat yang jelas, apa-apa sahaja teori yang digunakan, sama ada teori Bloomfield, Fungsional, Tradisional atau Tatabahasa Transformasi Generatif, teori tersebut mestilah mampu menyampaikan keterangan seluruh bahasa itu sebelum hasilnya dapat dianggap berguna untuk pengajian bahasa.

Hal ini dikatakan demikian, apabila teori yang digunakan itu bukan sekadar mampu menunjukkan perbezaan antara struktur ayat pada permukaannya yang dilihat serupa, tetapi juga menunjukkan persamaan struktur sintaksis yang pada permukaannya kelihatan berbeza. Memang ada beberapa teori moden yang nampaknya banyak mempunyai kebaikan atau gunanya dalam pengajian bahasa. Malangnya kebanyakan teori baharu ini hanya membuat deskripsi tentang sebahagian atau aspek kecil sesuatu bahasa itu sahaja. Tidak ada yang menghasilkan deskripsi yang lengkap tentang mana-mana bahasa.

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa September 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *