Kreativiti Guru dalam Pengajaran Bahasa

      No Comments on Kreativiti Guru dalam Pengajaran Bahasa

Izani Daud

Kepelbagaian kaedah pengajaran dan kreativiti guru dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat membantu pembangunan modal insan, iaitu melahirkan murid yang kompeten, inovatif, kreatif, dan berkebolehan bagi memenuhi keperluan negara pada masa hadapan. Kaedah pengajaran pada hari ini tidak lagi dibelenggu oleh buku teks yang berpusat kepada guru semata-mata. Sebaliknya, pengajaran perlu berpusat kepada murid melalui pelbagai aktiviti pembelajaran. Mengamalkan prinsip kepelbagaian dalam pengajaran sebagai rempah hidup di dalam bilik darjah akan mewujudkan keseronokan dalam pembelajaran dan seterusnya keberkesanan pembelajaran kepada murid.

Menurut Pellegrino dan Politis, pemikiran kreatif ialah kebolehan mengambil kira maklumat tanpa mengasingkan ke dalam kotak-kotak tertentu. Satu kaedah berfikir yang memaksa kita mengenal pasti kaitan baru antara fakta yang dilihat yang boleh menerbitkan idea yang menyimpang jauh daripada idea sedia ada. Menurut Kamus Dewan, inovasi pula ialah sesuatu yang baru diperkenalkan, seperti kaedah, sistem, dan adat yang baharu.

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa September 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *