Kelas Bahasa yang Ceria

      1 Comment on Kelas Bahasa yang Ceria

Zuridah Hanim Dato’ Md. Khair

Jam menunjukkan tepat pukul 12.10 tengah hari. Suasana kelas yang panas dan suram menyebabkan penghuninya berasa bosan dan kurang bersemangat. Masing-masing menunjukkan wajah keletihan dan mahu rasanya lekas-lekas pulang. Sudah ada yang tidak mampu menongkat dagu lalu membiarkan kepala terlentok di meja. Aktiviti menguap umpama virus, berjangkit daripada seorang murid kepada seorang murid yang lain.

Senario ini merupakan cabaran besar kepada seorang guru. Apatah lagi bagi mata pelajaran bahasa yang perlu diajarkan tatkala matahari tegak di kepala. Pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah perlu dirancang dengan teliti supaya dapat terus memancing minat dan membuatkan minda murid segar untuk menerima Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) menegaskan bahawa guru perlu mewujudkan suasana riang yang merangsang pembelajaran. Oleh sebab itu, guru perlu bijak untuk menarik perhatian murid, mencetuskan suasana ceria, dan menerapkan unsur kecindan dalam proses menyampaikan ilmu.

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa September 2012.

One thought on “Kelas Bahasa yang Ceria

  1. Fherza

    Tidak ada seorang pun guru yang tidak meknoadan kejayaan setiap orang muridnya..InsyaAllah semua murid SK Panchor akan berjaya dengan cemerlang,yang penting usaha dan tawakkal

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *