Kesalahan Membina Ayat

      No Comments on Kesalahan Membina Ayat

Ahmad Khair Mohd. Nor

Kesalahan bahasa merujuk kepada bentuk bahasa yang binaannya menyalahi peraturan yang telah ditetapkan. Hal ini berlaku kerana kealpaan, ketidakfahaman, atau kejahilan pengguna terhadap peraturan dan tatabahasa yang ada.

Dalam pengajaran bahasa, analisis kesalahan bahasa merupakan satu pendekatan yang boleh digunakan oleh guru untuk memper tingkatkan penguasaan bahasa dalam kalangan murid. Pendekatan ini dapat membantu murid untuk mengetahui bentuk bahasa yang salah dan mengetahui sebab kesalahannya, dan tahu pula cara untuk membetulkannya. Hal ini akan dapat membantu murid untuk menghasilkan bentuk bahasa yang betul binaannya dan menghindari kesalahan.

Di sekolah, kesalahan bahasa turut berlaku dalam kalangan murid Melayu yang merupakan penutur jati bahasa Melayu. Penutur jati pada dasarnya sudah pun menguasai bahasa Melayu sejak kecil. Namun begitu, mereka kerap melakukan kesalahan, baik semasa bertutur mahupun menulis disebabkan pengaruh bahasa Melayu lisan tidak formal yang digunakan dalam hubungan harian. Bahasa lisan tidak formal secara umumnya memang tidak begitu menekankan aspek tatabahasa. Kesalahan bahasa dalam kalangan murid yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua pula lazimnya berlaku kerana mereka masih belum menguasai sistem bahasa Melayu dengan sepenuhnya. Lazimnya juga, kesalahan itu berlaku disebabkan pengaruh bahasa ibunda mereka atau bahasa kedua yang lain yang dikuasai, misalnya bahasa Inggeris.

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa September 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *