Imbuhan Asing

      No Comments on Imbuhan Asing

Ahmad Muaz Ahmad Khair

Imbuhan merupakan satu bentuk kata yang amat penting dalam bahasa Melayu. Hal ini dikatakan demikian kerana bahasa Melayu ialah bahasa yang mempunyai pelbagai bentuk imbuhan. Imbuhan dalam bahasa Melayu boleh terdiri daripada imbuhan asli atau imbuhan yang dipinjam daripada bahasa asing.

Ada dua cara imbuhan asing dipinjam, iaitu dengan cara menerima sepenuhnya imbuhan tersebut atau dengan cara mengubah suai imbuhan tersebut mengikut sistem tatabahasa bahasa Melayu. Ada tiga golongan imbuhan asing dalam bahasa Melayu, iaitu imbuhan Sanskrit, imbuhan Arab-Parsi, dan imbuhan Inggeris.

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa September 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *