Pandai Tatabahasa melalui Didik Hibur

      No Comments on Pandai Tatabahasa melalui Didik Hibur

Ruzaini Awang

Kerajaan telah memperkenalkan kurikulum baharu dalam sistem pendidikan negara. Kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diwujudkan bagi menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Kurikulum ini telah dilaksanakan mulai tahun 2010. Dalam kurikulum tersebut, beberapa komponen kemahiran telah dimasukkan dalam sukatan pelajaran Bahasa Malaysia. Antaranya termasuklah kemahiran didik hibur. Empat elemen atau aspek yang terdapat dalam kemahiran didik hibur ialah nyanyian, aktiviti bercerita, lakonan, dan puisi. Melalui aktiviti tersebut, diharapkan murid dapat mengujarkan segala kemahiran yang terkandung melalui kemahiran tersebut.

Menurut Kamus Dewan, tatabahasa ialah pengetahuan atau pelajaran tentang pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat (penyusunan kata dalam ayat) ataupun disebut sebagai nahu. Secara amnya, tatabahasa atau nahu juga merupakan peraturan bagi menggunakan golongan kata atau komponen kata bahasa Melayu dengan betul. Namun begitu, artikel ini akan menghuraikan cara untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) tatabahasa melalui kaedah didik hibur bagi memudahkan murid menguasai aspek tersebut.

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa September 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *