Teknik Mengarang Sajak

      No Comments on Teknik Mengarang Sajak

Chai Loon Guan

Puisi, menurut Kamus Dewan bermaksud karangan yang berbentuk sajak, syair, pantun, dan sebagainya. Kamus Sastera Melayu pula menjelaskan bahawa puisi ialah karangan berangkap atau rangkaian kata yang berangkap-rangkap. Secara umumnya, genre puisi merangkum puisi moden, iaitu sajak dan puisi lama, iaitu pantun, syair, seloka, gurindam, dan nazam.

Dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu (Semakan Sukatan Baru) Sekolah Menengah (Tingkatan 1 – 5), genre puisi sama ada puisi moden ataupun puisi lama adalah antara komponen dalam Komponen Kesusasteraan Bahasa Melayu (Komsas) yang wajar diajarkan kepada murid berdasarkan teks pilihan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Matlamat kurikulum BM (Semakan Sukatan Baru) Sekolah Menengah ialah melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri dalam urusan seharian, pendidikan, dan pekerjaan. Untuk mengukuhkan tahap pemahaman murid terhadap genre sajak, guru digalakkan mengajarkan kaedah penulisan sajak kepada murid.

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa September 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *