Sukan dan Kepelbagaian Dialek

      No Comments on Sukan dan Kepelbagaian Dialek

Nazri Hussein

Perkembangan sukan mutakhir ini cukup untuk menceritakan betapa kepelbagaian dialek mula diterima dalam masyarakat tempatan khususnya dalam kalangan peminat sukan tanah air. Lebih 200 bahasa yang diucapkan oleh pelbagai etnik dan kaum yang terdapat di Malaysia membuktikan bahawa dialek atau bahasa dalam loghat tempatan ini tetap mempunyai nilai besar dan peranan penting dalam usaha menyatupadukan masyarakat negara yang berbilang bangsa, keturunan, etnik dan agama. Malahan, secara analoginya sukan dan bahasa perlu seiring dalam membina kecemerlangan demi merealisasikan impian menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang Wawasan 2020.

Sebagai contoh, pertandingan bola sepak Piala Malaysia tahun 2011 yang menemukan pasukan bola sepak Terengganu dengan pasukan bola sepak Negeri Sembilan sudah cukup menceritakan betapa dialek amat berperanan dalam memeriahkan temasya sukan yang berprestij itu. Sebelum hari pertandingan lagi, media cetak serta elektronik sudah mula menguar-uarkan slogan dan moto yang menggunakan bahasa daerah masing-masing. Penyokong pasukan Terengganu dengan ungkapan “Peteh Terengganu Peteh” sudah tidak perlu diperkenalkan lagi, manakala “Hoben Jang Hoben” pula cukup popular dalam kalangan peminat bola sepak Negeri Sembilan.

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa September 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *