Budaya Berbahasa Rakyat China

      No Comments on Budaya Berbahasa Rakyat China

Arif Atan

Kerap kali kita mendengar ungkapan “Bahasa Jiwa Bangsa” diucapkan oleh sebahagian orang kita walaupun mereka sebenarnya sering menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa rojak.

Walaupun hanya lapan tahun lagi kita akan menjadi negara maju, namun budaya berbahasa kebangsaan dalam kalangan rakyat kita masih ketinggalan jauh di belakang negara yang sedang meningkat maju.

Republik Rakyat China, misalnya, bakal menjadi kuasa ekonomi Asia ibarat telah “bersedia” mencapai taraf negara maju, seperti negara Barat apabila bahasa rasmi, iaitu penggunaan bahasa Mandarin benar-benar dibudayakan dalam semua lapangan kehidupan.

Bahasa Mandarin atau juga dipanggil bahasa Huayu atau Guayu begitu luas digunakan sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa nasional dan bahasa perpaduan bagi 23 buah wilayah, lima kawasan autonomi, dan dua kawasan istimewa. Bahasa Mandarin benar-benar menjadi bahasa rasmi bukan sekadar di atas kertas dan lembaran buku teks Bahasa Mandarin bagi murid sekolah.

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa September 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *