Kemesraan yang Ungu

      No Comments on Kemesraan yang Ungu

Oleh Ismail Hashim

Kehilangan besi penutup longkang menyebabkan Milah, anak Pak Sameon, jatuh ke dalamnya. Milah gagal melompat untuk melepasi longkang yang lebarnya 450 milimeter itu. Kaki kanak-kanak yang berusia lima tahun itu tergelincir lalu terjatuh ke dalam longkang itu.

Budin yang datang ke rumah Pak Sameon untuk berkawan dengan Milah terkejut apabila Milah terjatuh ke dalam longkang itu. Tubuh Milah tidak bergerak-gerak lagi. Dada Budin berdegup kencang. Perasaannya berlari cemas. Di kepala Milah, ada kesan tompok darah yang masih basah. Budin yang seusia dengan Milah menjerit-jerit memanggil Pak Sameon.

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa Disember 2011.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *