Hikayat Hang Tuah Kaya dengan Kata Ganti Nama Diri

Mohd. Helmi Ahmad

Hikayat Hang Tuah (HHT) yang merupakan karya sastera yang bersifat epik Melayu dalam bentuk prosa yang boleh dijadikan rujukan untuk melihat kepelbagaian pemakaian kata ganti nama diri pada masa dahulu. Peristiwa yang berlaku seperti yang tercatat dalam HHT turut menyebabkan pengaruh kata ganti nama diri bahasa asing digunakan. Harus dijelaskan bahawa kata ganti nama diri yang digunakan dalam masyarakat Melayu hanyalah patik, hamba, ku, aku, kakanda, sahaya, beta dan saya. Sementara kula, ulun dan manira merupakan kata ganti nama diri bahasa asing atau bahasa serumpun. Menurut S. Prawiroatmojo, perkataan kula dan manira berasal daripada bahasa Jawa yang bererti aku, patik atau saya (bagi orang atasan kepada orang bawahannya). Perkataan ulun pula bermaksud hamba.

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa Ogos 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *