Bahasa Melayu Bahasa Ilmu

      No Comments on Bahasa Melayu Bahasa Ilmu

Nawi Ismail

Kepentingan bahasa dalam kehidupan manusia tidak mungkin dipertikaikan oleh sesiapa. Hal ini dikatakan demikian kerana bahasa merupakan wahana komunikasi utama manusia. Pengetahuan tentang ilmu bahasa pula tidak kurang pentingnya dalam memastikan keberkesanan komunikasi. Bayangkanlah betapa sukarnya komunikasi antara dua pihak yang menguasai bahasa yang berbeza. Bahasa yang digunakan oleh seseorang pula dapat melambangkan kesantunan pengguna atau penuturnya. Sebagai contoh, penggunaan ungkapan “berbadan dua” bagi manusia disetujui umum sebagai lebih sopan berbanding dengan “mengandung”, apatah lagi “bunting”.

Apabila fakta sejarah bahasa Melayu kita soroti, didapati bahawa pada zaman  kerajaan Sriwijaya, iaitu pada abad ke-7 hingga ke-13 Masihi, bahasa Melayu telah pun membuktikan keupayaannya memainkan peranan sebagai bahasa pentadbiran, bahasa perdagangan dan bahasa perhubungan awam ketika itu. Kemampuan bahasa Melayu memainkan peranan sebagai lingua franca di rantau ini dalam tempoh tersebut mewajarkan bahasa Melayu diletakkan sebaris dengan bahasa lain di dunia.

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa Ogos 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *