Kata Majmuk

      No Comments on Kata Majmuk

Chin Boon Tek

Beberapa persoalan yang berkaitan dengan kata majmuk sering dihadapi oleh pengguna bahasa Melayu kerana mereka sukar untuk membezakan sesuatu kata itu, sama ada kata majmuk ataupun tidak. Menurut Nik Safiah Karim, kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Menurut Abdullah Hassan pula, kata majmuk terdiri daripada dua perkataan atau lebih, tetapi perkataan tersebut bertabiat seperti satu perkataan. Sebenarnya, kata majmuk mempunyai beberapa ciri yang membolehkan kita mengenalinya.

Kata majmuk mempunyai makna tertentu yang berlainan daripada makna perkataan asal. Contohnya:

1. sapu tangan

2. bumiputera

Sapu tangan merupakan kata majmuk kerana membawa maksud kain segi empat yang digunakan untuk mengesat muka, peluh dan lain-lain, yang berlainan daripada, makna biasa sapu dan tangan. Sapu merujuk sesuatu yang digunakan untuk membersihkan. Tangan pula merujuk anggota tubuh daripada pergelangan tangan hingga hujung jari. Oleh sebab itu, gabungan perkataan sapu dan tangan telah membawa satu makna yang berbeza daripada makna asal perkataan tersebut. Bumiputera merupakan gabungan perkataan bumi dan putera yang membawa makna anak negeri atau peribumi yang membawa makna yang berbeza daripada makna asal kata bumi dan putera itu.

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa Ogos 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *