Abd. Razak Rezeki Othman
Pawagam merupakan singkatan panggung wayang gambar, manakala dekon pula singkatan deklamasi dan lakon. Istilah pawagam telah diperkenalkan oleh P. Ramlee
dalam seminar kebudayaan di Dewan Belia Kampung Pandan, sekitar tahun 1967, manakala dekon pula dicetuskan oleh Sasterawan Negara. Dato’ A. Samad Said lebih sepuluh tahun yang lalu. Satu lagi akronim yang sudah tidak asing lagi dalam kesusasteraan kita ialah mestamu, bermaksud melagukan sajak tanpa muzik. Mestamu pula di perkenalkan oleh pengamalnya sendiri, Profesor Rahman Shaari.
Sehingga kini, dekon masih belum diberi tanggungjawab secara konsisten untuk berdiri sebagai satu bentuk persembahan pentas yang mandiri dan disampaikan secara tetap. Hal ini dikatakan demikian barangkali kerana konsep dan mekanisme dekon itu belum tekal untuk dihebahkan kepada umum. Namun demikian, dekon sewajarnya diperkenalkan dan diberi ruang dengan cara mempertandingkannya. Pada peringkat sekolah mahupun peringkat kebangsaan. Dekon wajar diketengahkan kepada murid, terutama di sekolah menengah, yang wajib mempelajari Komsas dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
___
Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa Ogos 2012.