Akhbar dalam Pengajaran Tatabahasa

      No Comments on Akhbar dalam Pengajaran Tatabahasa

Mohd. Hazani Mahadi

Pengajaran tatabahasa yang biasanya diajarkan secara induktif di dalam kelas ada ketikanya kurang menarik dan membosankan. Berdasarkan kaedah ini, aspek tatabahasa biasanya diajarkan melalui penerangan tentang hukum atau rumus tatabahasa terlebih dahulu, sebelum dibincangkan contoh khusus kepada murid. Dalam menangani situasi seperti ini, pengajaran tatabahasa perlulah dipelbagaikan bentuknya. Oleh itu, berbagaibagai pendekatan dan kaedah telah dan sedang dilaksanakan guru bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, seperti penggunaan media di bilik darjah.

Menurut Mohd. Dahlan dan Rabiatol Adawiyah, media merujuk alat dan bahan yang digunakan oleh guru untuk membantu murid mencapai objektif pembelajaran yang mencakupi kemahiran, pengetahuan, nilai dan sikap. Alat pengajaran yang dimaksudkan meliputi papan tulis, buku, majalah, akhbar dan televisyen manakala bahan pengajaran meliputi bahan prosa, puisi grafik dan sebagainya.

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa Ogos 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *