Masyarakat Membaca

      No Comments on Masyarakat Membaca

Izani Daud

Atan Long menyatakan bahawa 74 peratus daripada rakyat Malaysia sudah boleh membaca, tetapi hanya 0.028 peratus atau 28 ribu daripada setiap 100 ribu orang menjadi ahli mana-mana perpustakaan. Sebanyak 27 peratus daripada mereka tidak mempunyai sebarang buku di rumah, 30 peratus daripada mereka tidak memiliki majalah dan 10 peratus tidak memiliki surat khabar dalam tempoh enam bulan. Dilaporkan juga pada setiap tahun, purata rakyat Malaysia hanya membaca sehelai muka surat dalam masa setahun.

Data terkini yang dikeluarkan oleh Laporan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) 2007/2008 pula mendapati kadar literasi rakyat Malaysia masih berada di belakang negara maju, seperti Amerika Syarikat, Jepun, Australia dan Jerman, yang kadar literasi di negara tersebut amat tinggi sehingga 99 peratus. Kenyataan ini menjelaskan betapa masyarakat Malaysia tidak berminat untuk membaca.

Mengapakah pentingnya membaca? Bagi murid, membaca penting untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Bagi orang dewasa atau orang awam juga, membaca penting kerana daripada membaca pelbagai maklumat, pengalaman akan diperoleh. Bagi negara kita, memiliki rakyat yang suka membaca ialah aset yang tidak dapat dinilai dengan harga.

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa Ogos 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *