Gila Bahasa

      No Comments on Gila Bahasa

Nor Azida Ishak

Bukan susah sangat hendak menjejak dirinya. Cari sahaja tempat yang orangnya ramai duduk berehat atau bersantai di kota ini pasti menemuinya. Dia bermukadimah dengan mendeklamasikan sajak di bawah pohon di taman, di bawah tiang lampu di tepi tasik atau di dataran terbuka. Apabila ada khalayak yang melayan aksinya, dia pasti akan berhenti bersajak dan berhujah pula. Hujahnya pedas tentang bahasa, tentang sastera, tentang budaya atau tentang bangsanya. Kata-katanya sinis, kadangkala kasar, selalunya serius. Ada juga yang kelakar, tetapi kalau diamati, direnungi, pasti maksud yang hendak disampainya begitu dalam, bernas dan jujur.

Dia akan berkata apa-apa sahaja yang hendak dikatakannya, tidak kira kepada sesiapa ditujukan. Dia tidak bercakap tentang politik, dia tidak berbicara tentang ekonomi, dia tidak berbual tentang dunia hiburan, dia tidak berceramah tentang agama atau pendidikan. Hujahnya perihal bahasa, perihal bangsa. Kalau dia menyentuh politik, ekonomi, dunia hiburan, agama atau pendidikan, itu kerana topik tersebut berkaitan dengan isu bahasa dan bangsa yang sedang dihujahkannya.

___

CerpenĀ  ini dipetik daripada Pelita Bahasa Ogos 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *