Penggunaan Bahasa Papan Tanda Premis Niaga

Muhammad Nuruddin Bashah

Sejauh manakah keseriusan kita? Makalah “Gulai Itik dan Pak Loong di Jitra” yang  dimuatkan dalam Pelita Bahasa, April 2012, membawa penulis kepada persoalan lama yang kerap bermain dalam fikiran. Isu yang diketengahkan oleh Shazlin Farhan berkenaan dengan ejaan rojak, penggunaan bahasa campur malah pengagung istilah dan diksi perkataan yang berunsur Barat sebenarnya petanda kegeringan budaya berbahasa dalam kalangan rakyat negara kita. Penulis tidak melihat sebarang perubahan memberangsangkan terhadap isu sebegini walaupun acap kali diutarakan dan digesa oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui pelbagai  majalah serta kempen yang dikeluarkan.

___

Rencana ini dipetik daripada Pelita Bahasa, Julai 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *